Aktiviti STEM – Wheel Roller 3D Model Puzzle

16 Julai 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Julai 2024, Isnin, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Kemahiran Insaniah iaitu Aktiviti STEM – Wheel Roller 3D Model Puzzle yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang. Kelas tersebut dijalankan di NADI Rantau Panjang dan telah dihadiri oleh empat orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.

Antara pengisian kelas tersebut adalah pengenalan kepada sains dan binaan. Peserta telah diberikan satu 3D Model Puzzle Kit untuk dibina bersama rakan rakan. Permainan ini adalah untuk mengasas kemahiran berfikir dan memupuk minat dalam bidang sains dan teknologi. Selesai Sahaja aktiviti tersebut, para peserta telah diberikan kupon bermain PC 30 minit secara percuma bagi memupuk semangat peserta dalam pelajaran digital.

Diharapkan dengan adanya kelas seperti ini akan memberi manfaat kepada komuniti dan terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali